Legasi Dunia Hikayat Melayu
Posted in komik Yuriena on January 30th, 2010 by webmasterSecara kita sedar atau tidak kesussasteraan kita telah mencatatkan secara lisan dan juga bertulis akan himpunan hikayat-hikayat melayu lama. Hanya segelintir daripada kita yang mengetahui malah ada yang tidak tahu akan kewujudan hikayat seperti ini di dalam masyarakat muda-mudi sekarang ini. Anda di luar sana boleh mendapatkan naskah ini yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apa yang menarik tentang cerita-cerita hikayat ini?
Himpunan hikayat melayu lama ini menggambarkan kisah kehidupan Raja-raja lampau di zaman kegemilangannya. Sebahagiannya tidak jelas akan asal-usulnya malah ada persamaan antara hikayat-hikayat yang telah tersusun rapi penulisannya. Adakah hikayat ini sekadar rekaan sang penglipurlara atau sejarah yang di sampaikan secara lisan kepada generasi ke generasi yang lain? Walau apa pun, kisah-kisah yang tertera di dalam hikayat ini amat menarik sekali di baca, mungkin lebih menonjol jika di olah semula sebagai bahan bacaan berbentuk fiksyen. Jika ini berlaku, minda generasi kini lebih kreatif dalam menerima sastera lama di dalam kehidupan mereka sekaligus menerbitkan rasa jatidiri yang padu di jiwa mereka di dalam membentuk keperibadian patriotik.
Walaupun aku sendiri tak habis baca mengenai hikayat-hikayat ini secara keseluruhannya tetapi apa yang dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa dunia mahkluk lain berkait rapat antara sesama mereka. Antara yang dinyatakan ialah Jin, Mambang, dan Peri. Sekali imbas ia seperti cereka mitos budaya barat yang mereka bangga dengan bangsa Orc, Elf dan sebagainya. Jika mereka ada mengapa kita tidak? Walau apa pun andaiannya kita tetap dengan cara kita. Berbanggalah dengan hikayat kita yang anda sendiri tak kenali.
Di dalam komik Yuriena ini memaparkan fiksyen hikayat melayu dengan menonjolkan watak-watak dari bangsa seperti Siluman dan Peri. Istilah Siluman terkenal dan digunapakai di Nusantara terutamanya di Indonesia, masih tak dapat istilah yang tepat di Malaysia ini. Semua ini dipaparkan secara sengaja dalam membentuk Legasi Dunia Hikayat Melayu.
Apa yang di harapkan dengan langkah kerdil ini bakal menerbitkan sesuatu yang boleh dibanggakan semua sepertimana kita melihat Lord Of The Rings di layar perak.













