Komik Kecundang part 03

Posted in Komik Kecundang on April 12th, 2010 by webmaster

Kesinambungan komik kecundang part 02 diteruskan lagi fokus kepada kisah di sebalik tabir pembikinan komik di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Hikayat Raja Syah Mardan yang merupakan salah satu tajuk di antara tajuk-tajuk lain dikelolakan oleh Unit Multimedia.

Raja_ShahMardan_by_Mf_Ajif

Terima kasih di atas peluang yang diberikan dan kepercayaan. Sesungguhnya ketika itu masih naif di dalam mengejar cita-cita sebagai pelukis komik dengan dateline yang begitu ketat dan terikat. Pelukis asal untuk jilid ini adalah Muhammad Yazid atau dikenali sebagai Zid sinonim dengan komik Ultra Jiddo. Sejak mengambil alih projek ini sekitar tahun 2005/2006 banyak dugaan dan halangan untuk merealisasikan tajuk ini. Tak tahu kenapa seolah-olah beban sedang terpikul menggunung terasa akan beratnya untuk dikendung.

Ramai orang mengharapkan agar projek ini berjaya dan diterbitkan di dalam bentuk naskah jilid namun sehingga kini masih terbiar seolah-olah sinar harapan untuk meneruskannya malap dan pudar. Projek yang sudah berjalan bertahun-tahun akhirnya terhenti dipertengahan jalan. Kami sebagai pelukis komik melihat ini adalah satu usaha menyekat, menghalang untuk terus berkarya di bawah naungan penerbit gergasi negara. Kami amat yakin, jika semua tajuk-tajuk hikayat yang diubah bentuk kepada format komik pasti dan pasti bakal mendapat tempat di masyarakat khususnya generasi muda dari peringkat sekolah lagi kerana tak semua orang di dalam masyarakat kini tahu akan kewujudan barisan kisah-kisah hikayat melayu lama seumpama ini.

pg11J02_by_Mf_Ajif

Walaubagaimana pun, hakikat tetap hakikat bahawa projek ini telah dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. Keputusan sudah di buat, pelukis juga telah bertekad, kehidupan perlu di teruskan dan kerjaya perlu diperjuangkan demi nafkah diri serta keluarga.

Jika ada di kalangan penggiat, peminat serta pembaca di luar sana yang hanya tahu menemplak bahawa kami pelukis komik hanya tahu melukis dan tidak memikirkan hala tuju dan sebagainya… SESUNGGUHNYA ANDA SILAP!

Tags: , , , ,

Komik Kecundang part 02

Posted in Komik Kecundang on April 10th, 2010 by webmaster

Mengenang kembali zaman lampau atau lebih tepat lagi memandang ke belakang siapa diri kita dan di mana kita sedang berada ketika itu betul-betul membuatkan diri kita insaf dan lebih mengenali diri hakikat kehidupan. Jika tiada masa itu pastilah tiada waktu ini. Begitu juga roda kehidupan dan arus pembangunan turut berubah. Kerjaya dan cita-cita sentiasa berubah menuju selari dengan peredaran masa dan kehendak atau permintaan pasaran masa kini.

Justru, menyingkap kembali perjalanan kerjaya sebagai pelukis komik tanahair sememangnya penuh cabaran. Bermula sembang-sembang kosong di meja-meja gerai, restoran mamak dahulu seolah-olah bakal membuka lembaran baru pada masa depan. Ah…projek juta-juta ni. Pelbagai cadangan, buah fikiran yang pastinya berjaya jika dilaksanakan. Sembang punya sembang sudahnya sudah lebih 10 tahun sebenarnya. Ada sebahagian kecil sembang-sembang itu berjaya dilaksanakan ada juga yang tinggal angan-angan saja.

Namun begitu, semua yang difikirkan bukanlah mesti menjadi kenyataan sedangkan keadaan dan takdir mungkin belum memihak 100% kepada apa yang kita mahu. Bercakap mengenai komik kecundang ini, ramai pelukis komik telah bertungkus-lumus menjayakannya begitu juga halnya banyak penerbit berusaha menerbitkannya. Namun, setiap satunya pasti menemui jalan yang di hujungnya tiada siapa boleh menjangkanya.

komik Barongan oleh DBP

komik Barongan oleh DBP

Seperti komik Barongan ini, terbitan Dewa Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai sejarah yang tersendiri. Walau apa pun, usaha murni ini seharusnya di pandang positif kerana pihak penerbitan di bawah naungan kerajaan mahu menerbitkannya. Sejak 2004 lagi, projek komik ini telah bermula dan hampir beberapa kali dirombak, bertukar pelukis serta tajuknya akhirnya terbitlah naskah ini yang di beri tajuk Barongan. Barongan ini merupakan spin-off daripada tajuk Hikayat Raja SyahMardan.

komik SyahMardan

komik SyahMardan

teaser komik Hikayat Raja SyahMardan.

Tags: , , , , ,

Komik Kecundang part 01

Posted in Komik Kecundang on December 1st, 2009 by webmaster

Ramai berkata, jom la buat komik! Sedangkan menghasilkan komik tak semudah yang di sangka. Ada yang beranggapan ianya semudah melukis suatu pemandangan yang dihiasi dengan pelbagai perencah dan resepi sedangkan elemen-elemen seperti aroma dan khasiatnya jarang sekali difikirkan apatah lagi dikaji dan diselidik.

Melukis komik lebih mencabar dan sebenarnya lebih jauh cabarannya berbanding menghasilkan sebuah ilustrasi. Asas lukisan dan perkara-perkara yang berkaitan hanyalah asas untuk memulakan melukis komik sedangkan ilmu yang mesti digendung adalah bagaikan ilmu seorang pengarah filem. Maka dengan ilmu seorang pengarah filem itulah yang mencorakkan haluan komik anda.

Perlukah mendalami ilmu seperti ini untuk buat komik? Terpulanglah. Sebenarnya tak perlu pun ok juga kalau dapat lagi bagus kerana mutu komik anda pasti diukur melalui landasan ini. Ah.. tengok komik, drama, filem banyak-banyak juga membantu. Interet juga merupakan gudang ilmu klik saje.

Kembali kepada tajuk di atas. Kenapa ade komik kecundang? Ada beberapa faktor, antaranya faktor pengurusan yang kurang bijak.  Sama ada faktor kewangan mahupun pemasaran. Ada juga masalah tidak mendapat sambutan dan faktor-faktor ini bukan sahaja mencacatkan minat kepada pembaca malah pelukis komik itu sendiri. Pembaca mulai hilang kepercayaan, hilang minat dan pelukis pula hilang moral dan tempat bergantung.

kadang-kadang faktor ini tidak difahami oleh sesetengah pihak di luar sana. Walaupun perkara ini tak perlu pun dibincangkan tetapi perkara ini seolah-olah telah sedikit sebanyak menjadi trend di dalam penerbitan di negara ini. Muncul lalu tenggelam dan timbul kembali, ada yang senyap terus telah menjadi suatu perkara yang biasa.

Aku? banyak kali terlibat dengan masalah seperti ini. Bermula seawal tahun 2000 dulu hingga kini macam-macam ragam dan karenah penerbitan.

Rasanya cukuplah membebel kisah lampau buat sementara waktu ni sebagai muqadimah untuk coretan Komik kecundang ni, Insyaallah akan datang akan paparkan contoh-contoh komik yang mengalami nasib seperti ini.

Tags: , , ,