Digital atau Manual?

Posted in Tips & Tutorial on July 21st, 2010 by webmaster

Dah lama terfikir dan bercadang nak share pengetahuan yang aku ade untuk umum. Banyak faktor yang menghalang aku berbuat demikian. Ya, masa masih belum menentukan aku berbuat demikian tetapi mahu atau tidak aku tetap hadapi semua ni. Orait, nak start macam mana pun aku tak tahu hahaha….

Anda serius, melukis menjadi satu kerjaya tetap anda?

Pokok pangkalnya terpulang pada anda sendiri kerana anda tahu siapa diri anda yang sebenarnya. Walau apa pun pilihan kerjaya kita tetap ada risikonya. Ia tetap bergantung kepada kesungguhan dan ketabahan yang ada dia di dalam diri anda sendiri. Jika anda kata YA maka InsyaAllah akan buka rezeki untuk anda. Sesungguhnya hendaklah yakin dan percaya rezeki itu ada di mana-mana.

Digital atau Manual?

Ramai tanggapan di luar sana tentang isu ini. Ada pro dan kontra. Terpulang, pilihan terletak di tangan anda sendiri untuk memilihnya. Masing-masing ada kelebihan dan ada kelemahan. Tetapi apa yang jadi isu ialah ada sesetengah golongan memandang serong atau memperlekeh isu ini. Jika anda mahir teknikal manual maka memandang sebelah mata akan mereka-mereka yang menjurus ke arah digital begitu juga sebaliknya. Sedangkan kedua-dua ini saling berkait.

Skil di dalam Digital adalah berdasarkan dan di bentuk melalui proses peralihan manual. Jika anda gagal melakukannya bagaimana nak adaptasikan ke dalam digital. Ya, digital ada pelbagai langkah mudah dan cepat untuk menghasilkan apa saja tetapi bagaimana dengan elemen ‘ilmu’?

Begitu juga halnya dengan teknik mewarna secara digital. Orang menganggap ianya murah dan tidak punye harga yang tinggi. orang berkata,” ah…digital, sape-sape pun boleh buat!’ Try tengok?! Tak semua orang boleh buat. Tak dinafikan juga ada bakat-bakat baru dilahirkan dengan adanya teknologi ini sedangkan mereka tak reti pun manual. Pelik? Generasi kini mudah ‘dekat’ dengan teknologi.

Tradisi atau teknik mewarna secara manual ini sebenarnya menguji sejauh mana kebolehan dan bakat kita dalam menilai nisbah warna yang dikehendaki terus mengadaptasi aplikasi ini di atas kanvas secara berani. Anda berani bermain warna?

Peredaran masa berlalu dengan pantas, permintaan dan persaingan di pasaran semakin tinggi. Oleh itu, jika anda mahu terus ’survival’ dalam industri ini, langkah drastik kena anda pilih demi masa depan anda.