Komik MMS AXARIA dan BARA PESAKA

Posted in komik mobile on December 30th, 2009 by webmaster

Komik MMS AXARIA dan BARA PESAKA telah dilancarkan baru-baru ini dan anda semua boleh melanggani atau menjadi subscriber melalui telefon bimbit anda. Jadilah subscriber hari ini juga dan ikuti kisah-kisah yang penuh konflik dan menakjubkan yang pasti menceria dan menambahkan koleksi bahan bacaan anda.  Segala info mengenai komik MMS ini ada di lampiran berikut.

AXARIA

Genre : Sci-Fi

Sinopsis

Planet Axia merupakan planet pusat perdagangan dan pentadbiran antara planet-planet di sistem suria Holusia telah teracam dan terjerumus ke kancah peperangan akibat ketamakan suatu pihak yang ingin menopoli gagasan ini. Lalu planet Axia jatuh ke tangan Maharaja Magrat-Ahur dan di sebalik penaklukan ini sebenarnya baginda mengidamkan senjata rahsia yang dibangunkan oleh Maharaja Axia yang menjadi tunggak keutuhan pemerintahan agung Axia selama ini. Perebutan mula berlaku di mana Putera Raja Axia bangkit mempertahankan kerajaannya dengan mengaktifkan sistem pertahanan berpandukan senjata rahsia ini yang di beri nama AXARIA.

flyersAXA_C

flyersAXA_M

BARA PESAKA

Genre :  Seram / Fantasi

Sinopsis

Pengamal ilmu hitam pastinya tak pernah berkubur selagi mana tidak matinya sifat kejahatan dan juga syaitan pasti akan membawa kehancuran di dalam kehidupan manusia. Hanya dengan keimanan, ketaqwaan serta ilmu yang baik pasti dapat menyelamatkan diri manusia dari lembah kehinaan. Kisah bermula di mana sebilah keris pusaka yang di puja dipercayai telah banyak menumpahkan darah dengan cara membunuh setiap mangsa dari jarak jauh. Seorang pendekar handalan telah diupah untuk mecari dan memburu keris ini. Dalam pengembaraannya mencari keris misteri ini terikatlah satu hubungan ikatan persahabatan antara dua jaguh dalam pada masa yang sama merupakan waris kepada keris misteri ini. Pada jangka waktu yang telah ditetapkan keris misteri ini berjaya di bawa lari untuk dimusnahkan tetapi tindakannya itu telah mengundang bahaya yang tak di duga. Aksi pertarungan antara kedua pendekar handalan ini berlarutan sehingga masing-masing menyeru Jin pendamping mereka untuk mempertahankan diri. Namun, kuasa sihir dan seruan Jin ini hanyalah mengundang padah di suatu hari kelak dan keseksaan sepanjang hayat di mana perasaan dendam yang berpanjangan sehingga ke beberapa generasi.

flyers BP_C

flyers BP_M

Dengan sokongan kawan-kawan, peminat dan pembaca komik apalah kiranye menjadi subscriber utk komik-komik ini demi mejayakan industri komik tanahair tercinta. Dengan sokongan ini juga aku akan terus bersemangat dalam menghasilkan karya yang lebih baik pada masa-masa akan datang, InsyaAllah!

Langgan ye…. huhuhu

Tags: , , , , ,

Posted in komik Yuriena on December 17th, 2009 by webmaster

Y08

Setelah siri ke 8 terbit di akhbar Kosmo! menyusul header tajuk YURIENA dan wataknya. Yuriena adalah watak manusia yang terperangkap di dunia Siluman. Kehadirannya telah menimbulkan keadaan kurang senang kepada bangsa ini. Dunia manusia seakan mitos bagi bangsa Siluman dan mereka bercita-cita untuk menaklukinya. Sesuatu yang penting yang ada pada diri Yuriena ini telah menyebabkan dia diburu oleh kerajaan Raja Roarmar. Apakah penyebab Yuriena ini diburu? Dapatkan dan ikuti siri ini setiap isnin hingga jumaat.

Y09

Tags: , , ,

Menjenamakan Komik

Posted in Sembang KomikCafe on December 10th, 2009 by webmaster

Dalam membicarakan hal memartabatkan  komik tanahair terus menjurus ke arah cara-cara atau usaha-usaha mempromosikannya kepada umum tanpa henti. Turut serta pada setiap kali karnival, pameran juga roadtour tidak ketinggalan juga terpampang di laman web dan juga forum komuniti. Adakah cara ini efektif untuk menjayakan usaha ini? YA! pasti ramai akan mengatakan cara ini adalah amat penting dan sememangnya ianya tidak dapat dinafikan lagi.

Dalam pada itu, untuk berjaya melangkah kepada usaha ini ialah perlunya ada sebuah landasan pertama atau platform yang kukuh seterusnya mudah untuk mempromosikannya sebagai usaha kedua. Apakah landasan pertama ini? Landasan ini ialah jenama. Jenama yang akan menjadi nadi utama di dalam menggerakkan sesuatu untuk lebih berjaya.

Apakah jenis rupabentuk jenama untuk sesebuah komik?

Ianya bergantung kepada penyampaian, mutu persembahan dan juga kualiti penulisan. Malah stroke lukisan individu komik artis itu memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk jenama ini. Stroke artis tersebut akan menjadi satu identiti perjalanan kerjayanya sebagai pelukis komik di mana peminat komik akan mengenali artis ini dengan gaya persembahannya. Oleh itu, seseorang komik artis terpaksalah dari awal lagi wajib mempersiapkan diri dengan perkara-perkara asas sebelum menceburkan diri sebagai seorang artis komik. Jika tidak, anda akan berdepan dengan masalah merekacipta jenama anda sendiri.

Situasi Komik Di Malaysia

Oleh kerana di Malaysia ini masih belum ada satu syarikat penerbitan yang menerbitkan naskah komik secara teamwork, maka pelukis komik beraksi seorang diri. Dialah penulis, pelukis (penciller dan inker), malah juga kaleris. Usaha sebegini rupa kadang-kadang tidak dapat di bayar dengan harga yang setimpal. Namun, demi mencari ruang untuk berkarya dan meraih sumber rezeki… itu sudah memadai.

Lantaran keadaan seperti ini pelukis komik bertambah dedikasi dan berdisiplin di dalam menghasilkan karya-karya mereka. Mutu dan kualiti dipelihara dengan penuh teliti semasa melakar hinggalah ke peringkat mewarna. Sama ada mereka pelukis tradisional/manual (menggunakan pen dan berus) atau digital. Mana mungkin helaian komik akan mengalami kerosakan dan juga kecacatan yang teruk.

Suatu masa dahulu sebagai contoh usaha dan langkah ini dijayakan oleh Penerbitan J.A.S di mana komik Anak-anak Sidek dihasilkan secara berkumpulan. Pengkhususan kerja amat teratur dan tertib mengikut kepakaran masing-masing. Dengan cara ini, fokus sesuatu pengkhususan terbina dengan baik dan berkualiti tinggi. Oleh itu kualiti penerbitannya sentiasa di tahap piawai yang memuaskan. Muncul pula KLP Production yang mengikuti langkah ini suatu masa lalu.

Kesimpulannya pelukis komik yang profesional dan bertanggungjawab pastinya memikul disiplin yang tinggi kerana mempersembahkan karya dalam bentuk media seperti ini bukanlah perkara mudah walaupun kadang-kadang ia di anggap hanya bahan picisan.

Tags: , ,

Liga Perikatan Ilmu Hitam

Posted in komik Baran on December 5th, 2009 by webmaster

BRNsiri133

Kini komik Baran sudah mencecah siri ke 133, diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di sisipan WOW yang dahulunya dikenali sebagai SIGAP. Plot dan konflik di dalam kisah ini dikembangkan lagi menjadi satu perjalanan yang lebih besar di mana pawang Deraman sedang berhadapan dengan ancaman rakan segurunya dan mereka juga adalah musuh-musuhnya.

Bagaimanakah kisah perjalanan hidup mereka boleh bersengketa? Jawapannya mudah, ingin mencari pengaruh dan juga tamakkan ganjaran dunia yang tidak seberapa. Pada awal tindakan pawang Deraman bukan bermaksud untuk bermusuhan dengan sesiapa terutamanya rakan seperjuangan tetapi ilmu hitam yang dipelajari telah membutakan hatinya untuk menilai kebaikan ditambah pula ganjaran yang tidak seberapa yang menjadi habuan telah membuatkan konflik perjalanan hidupnya semakin jauh dari pedoman dan iman.

Tags: , , ,

Komik Yuriena terbit di Kosmo hari ini.

Posted in komik Yuriena on December 4th, 2009 by webmaster

Alhamdulillah pada hari ini 4hb Disember 09 bermula siri baru komik aku Yuriena diterbitkan di akhbar Kosmo!. Bertemakan alam mistik dan fantasi dunia Siluman adapatasi ilham Nusantara bakal mewarnai siri kali ini. Mengenali nama atau istilah Siluman ini setelah menonton sebuah drama bersiri Indonesia ‘ Mak Lampir’ hampir sedekad yang lalu. Dengan semangat 1 jiwa nusantara idea ini digarap dengan imajinasi yang sentiasa bermain di minda ini lalu diterjemahkan ke dalam siri komik ini sejumlah 60 siri keseluruhannya.

Terus terang walaupun gambaran, idea untuk mengolah tajuk kali ini sudah di rangka lebih awal tetapi masih belum mendapat perjalanan plot yang sebaik mungkin. Semoga di buka hati dan minda ini untuk menceria dan menjayakan Yuriena sebaik mungkin.

Thundercats! Itulah tanggapan awal kawan-kawan dan juga isteri yang menjadi pendokong dan pendorong di dalam aku menjayakan karier ini sebagai pelukis komik. Tempias itu tetap ada tetapi bukanlah sepertimana yang di sangka.

Ada sedikit kesilapan pada teks dialog yang diterbitkan akan tetapi tidaklah mencacatkan keadaan. Kisah Yuriena ini bermula di sebuah kota yang di beri nama Kota Mega Gangsa tetapi telah ditukar kepada Kota Mega Angkasa. ahhaha… takpelah kesilapan semasa mengedit teks tempoh hari mungkin terlalu sibuk memikirkan hal yang lain tu. (Raznan tak sabar-sabar nak cuti kawin tu… huhuhu selamat pengantin baru!)

Berikut adalah edisi artwork asal dan edisi cetakan. Photo ini adalah sumbangan seorang pembaca yang menghantar emel siang tadi kepada aku. Terima kasih.

Y01

DSC00445

Tags: , , ,

Teaser komik Yuriena

Posted in komik Yuriena on December 2nd, 2009 by webmaster

yuriena

Jutaan terima kasih kepada editorial Kosmo! kerana masih menaruh kepercayaan dan harapan untuk aku terus berkarya dan usaha ini di harapkan dapat memeriahkan lagi komik tanahair yang semakin baik kebelakangan ini.

Insyaallah bermula jumaat ini 4hb Disember 09 komik Yuriena bakal menemui pembaca di luar sana. Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri ini.

Tags: , , ,

Komik Kecundang part 01

Posted in Komik Kecundang on December 1st, 2009 by webmaster

Ramai berkata, jom la buat komik! Sedangkan menghasilkan komik tak semudah yang di sangka. Ada yang beranggapan ianya semudah melukis suatu pemandangan yang dihiasi dengan pelbagai perencah dan resepi sedangkan elemen-elemen seperti aroma dan khasiatnya jarang sekali difikirkan apatah lagi dikaji dan diselidik.

Melukis komik lebih mencabar dan sebenarnya lebih jauh cabarannya berbanding menghasilkan sebuah ilustrasi. Asas lukisan dan perkara-perkara yang berkaitan hanyalah asas untuk memulakan melukis komik sedangkan ilmu yang mesti digendung adalah bagaikan ilmu seorang pengarah filem. Maka dengan ilmu seorang pengarah filem itulah yang mencorakkan haluan komik anda.

Perlukah mendalami ilmu seperti ini untuk buat komik? Terpulanglah. Sebenarnya tak perlu pun ok juga kalau dapat lagi bagus kerana mutu komik anda pasti diukur melalui landasan ini. Ah.. tengok komik, drama, filem banyak-banyak juga membantu. Interet juga merupakan gudang ilmu klik saje.

Kembali kepada tajuk di atas. Kenapa ade komik kecundang? Ada beberapa faktor, antaranya faktor pengurusan yang kurang bijak.  Sama ada faktor kewangan mahupun pemasaran. Ada juga masalah tidak mendapat sambutan dan faktor-faktor ini bukan sahaja mencacatkan minat kepada pembaca malah pelukis komik itu sendiri. Pembaca mulai hilang kepercayaan, hilang minat dan pelukis pula hilang moral dan tempat bergantung.

kadang-kadang faktor ini tidak difahami oleh sesetengah pihak di luar sana. Walaupun perkara ini tak perlu pun dibincangkan tetapi perkara ini seolah-olah telah sedikit sebanyak menjadi trend di dalam penerbitan di negara ini. Muncul lalu tenggelam dan timbul kembali, ada yang senyap terus telah menjadi suatu perkara yang biasa.

Aku? banyak kali terlibat dengan masalah seperti ini. Bermula seawal tahun 2000 dulu hingga kini macam-macam ragam dan karenah penerbitan.

Rasanya cukuplah membebel kisah lampau buat sementara waktu ni sebagai muqadimah untuk coretan Komik kecundang ni, Insyaallah akan datang akan paparkan contoh-contoh komik yang mengalami nasib seperti ini.

Tags: , , ,