Komik Kecundang part 03
Posted in Komik Kecundang on April 12th, 2010 by webmasterKesinambungan komik kecundang part 02 diteruskan lagi fokus kepada kisah di sebalik tabir pembikinan komik di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Hikayat Raja Syah Mardan yang merupakan salah satu tajuk di antara tajuk-tajuk lain dikelolakan oleh Unit Multimedia.
Terima kasih di atas peluang yang diberikan dan kepercayaan. Sesungguhnya ketika itu masih naif di dalam mengejar cita-cita sebagai pelukis komik dengan dateline yang begitu ketat dan terikat. Pelukis asal untuk jilid ini adalah Muhammad Yazid atau dikenali sebagai Zid sinonim dengan komik Ultra Jiddo. Sejak mengambil alih projek ini sekitar tahun 2005/2006 banyak dugaan dan halangan untuk merealisasikan tajuk ini. Tak tahu kenapa seolah-olah beban sedang terpikul menggunung terasa akan beratnya untuk dikendung.
Ramai orang mengharapkan agar projek ini berjaya dan diterbitkan di dalam bentuk naskah jilid namun sehingga kini masih terbiar seolah-olah sinar harapan untuk meneruskannya malap dan pudar. Projek yang sudah berjalan bertahun-tahun akhirnya terhenti dipertengahan jalan. Kami sebagai pelukis komik melihat ini adalah satu usaha menyekat, menghalang untuk terus berkarya di bawah naungan penerbit gergasi negara. Kami amat yakin, jika semua tajuk-tajuk hikayat yang diubah bentuk kepada format komik pasti dan pasti bakal mendapat tempat di masyarakat khususnya generasi muda dari peringkat sekolah lagi kerana tak semua orang di dalam masyarakat kini tahu akan kewujudan barisan kisah-kisah hikayat melayu lama seumpama ini.
Walaubagaimana pun, hakikat tetap hakikat bahawa projek ini telah dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. Keputusan sudah di buat, pelukis juga telah bertekad, kehidupan perlu di teruskan dan kerjaya perlu diperjuangkan demi nafkah diri serta keluarga.
Jika ada di kalangan penggiat, peminat serta pembaca di luar sana yang hanya tahu menemplak bahawa kami pelukis komik hanya tahu melukis dan tidak memikirkan hala tuju dan sebagainya… SESUNGGUHNYA ANDA SILAP!







