Amuk sinonim dan dikaitrapat dengan bangsa Melayu. Terdapat beberapa artikel terdahulu memaparkan kisah ini, tak silap ketika itu bertajuk ‘Amuk dan Bangsa Melayu’ dan ilustrasi yang menghiasi artikel itu adalah seorang pahlawan sedang memegang sebilah keris. Sungguhpun begitu, Amuk merupakan suatu sifat atau sikap individu yang juga di miliki bukan dari kalangan bangsa Melayu saja. Sila rujuk, http://ms.wikipedia.org/wiki/Amuk
Fiksyen Amuk Sang Bentara ini sekadar merealisasikan apa yang pernah berlaku di dalam masyarakat kita. Mengapa orang Melayu mudah mengamuk? Adakah mereka terlalu sensitif walaupun zahirnya mereka disaluti dengan budi bahasa dan sopan santun serta adab yang tinggi?

Plot di dalam kisah ini digambarkan seorang Laksamana yang gilakan ilmu persilatan, kebatinan sehingga dirinya tidak mampu untuk mengawalnya. Setiap individu punya tahap tertentu untuk mencapai tahap yang di idamkan. Namun, apa akan terjadi jika ilmu yang melahirkan kuasa itu memberi bebanan yang lebih sehingga sifat semulajadinya berubah?

Untuk menguasai ilmu kebatinan ini, Laksamana Bentara tidak memperdulikan nasib yang bakal menimpa diri, keluarga serta orang di sekelilingnya. Apa yang penting, ilmu sehebat ini perlu dikuasainya dengan alasan dia mahu jadi pembela.

Merasakan dirinya telah kuat, bertindak secara tidak waras maka risiko yang datang hanya kemurkaan sang pemerintah, Sultan Riqayad Syah. Walaupun plot ini meramalkan baginda Sultan akan menjadi jahat pada pandangan mata rakyat seakan kejam dan tidak adil… Laksamana Bentara lebih awal tampil cuba memperbetulkan keadaan.

Bertindak secara melulu dan kasar bukanlah penyelesaian yang wajar. Jika kasar akan di tentang secara kasar maka hasilnya akan membawa padah. Di dalam plot ini, bagaimana suara minoriti akan di dengar oleh kuasa yang punya daulat tertinggi?
bersambung…