Komik Kecundang part 01
Ramai berkata, jom la buat komik! Sedangkan menghasilkan komik tak semudah yang di sangka. Ada yang beranggapan ianya semudah melukis suatu pemandangan yang dihiasi dengan pelbagai perencah dan resepi sedangkan elemen-elemen seperti aroma dan khasiatnya jarang sekali difikirkan apatah lagi dikaji dan diselidik.
Melukis komik lebih mencabar dan sebenarnya lebih jauh cabarannya berbanding menghasilkan sebuah ilustrasi. Asas lukisan dan perkara-perkara yang berkaitan hanyalah asas untuk memulakan melukis komik sedangkan ilmu yang mesti digendung adalah bagaikan ilmu seorang pengarah filem. Maka dengan ilmu seorang pengarah filem itulah yang mencorakkan haluan komik anda.
Perlukah mendalami ilmu seperti ini untuk buat komik? Terpulanglah. Sebenarnya tak perlu pun ok juga kalau dapat lagi bagus kerana mutu komik anda pasti diukur melalui landasan ini. Ah.. tengok komik, drama, filem banyak-banyak juga membantu. Interet juga merupakan gudang ilmu klik saje.
Kembali kepada tajuk di atas. Kenapa ade komik kecundang? Ada beberapa faktor, antaranya faktor pengurusan yang kurang bijak. Sama ada faktor kewangan mahupun pemasaran. Ada juga masalah tidak mendapat sambutan dan faktor-faktor ini bukan sahaja mencacatkan minat kepada pembaca malah pelukis komik itu sendiri. Pembaca mulai hilang kepercayaan, hilang minat dan pelukis pula hilang moral dan tempat bergantung.
kadang-kadang faktor ini tidak difahami oleh sesetengah pihak di luar sana. Walaupun perkara ini tak perlu pun dibincangkan tetapi perkara ini seolah-olah telah sedikit sebanyak menjadi trend di dalam penerbitan di negara ini. Muncul lalu tenggelam dan timbul kembali, ada yang senyap terus telah menjadi suatu perkara yang biasa.
Aku? banyak kali terlibat dengan masalah seperti ini. Bermula seawal tahun 2000 dulu hingga kini macam-macam ragam dan karenah penerbitan.
Rasanya cukuplah membebel kisah lampau buat sementara waktu ni sebagai muqadimah untuk coretan Komik kecundang ni, Insyaallah akan datang akan paparkan contoh-contoh komik yang mengalami nasib seperti ini.
Tags: komik, Komik Kecundang, komik malaysia, malaysia