Selamat Tahun Baru 2010

Posted in Sembang KomikCafe on January 12th, 2010 by webmaster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kaki-kaki komik khususnya di luar sana.

Kesibukkan kerja dan kesuntukan masa dah melupakan aku untuk update sebarang dua pengisian di sini. Ya, tahun 2010 baru saja bermula pastinya setiap orang punya azam baru untuk mematangkan hidup anda di tahun ini. Setakat ini masih takde apa-apa yang terlintas di fikiran untuk dikongsi bersama sebagai bahan bacaan hanya sekadar promo komik aku pada tahun ini.

Dengan harapan aku terus sihat dan sentiasa bersemangat menghasilkan karya-karya komik yang lebih bagus untuk tatapan korang di luar sana.

promo komik MF Ajif 2010

promo komik MF Ajif 2010

Tags: , , , , , ,

Jiwa Pedang WIP

Posted in Jiwa Pedang on November 2nd, 2009 by webmaster

ms013 copy

Baru saja lepas menarik nafas lega mengejar siri Duta Galaksi : Prima Kejora dan juga job-job sampingan separa urgent dan juga yang amat urgent yang kekadang interframe suka-suka je. Tapi takpe bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Kebas je. Namun, kekadang kita terlepas pandang juga kepada perkara-perkara yang tak kurang pentingnya.

Ok, ini dia sedikit work in progress. Komik Jiwa Pedang still on lagi yang dah sedia maklum akan disiarkan secara percuma kepada pelayar-pelayar komik online ni. Walaupun dah hampir setahun komik online dirancang masih tak berapa nak proper lagi. Takpela… masing-masing bz!

Apa pun komik kena terus layann…. zasss!

Tags: , , ,

Watak Pemusnah Pedang diubahsuai

Posted in Jiwa Pedang on October 19th, 2009 by webmaster

Antara watak yang dirombak di dalam siri ini adalah Pemusnah Pedang yang dahulu ianya dilabel sebagai watak jahat yang penuh 1001 persoalan yang akhirnya semua pihak akur dengan keputusannya sedangkan di awal kemunculannya dia digambarkan sebagai pendekar misteri yang datang ke Dunia Pedang lalu tercetusnya malapetaka.

Kini, watak ini di bawa semula menyerikan plot Jiwa Pedang versi baru di mana ia juga membawa 1001 persoalan yang tidak dapat dirungkai oleh para Wali Dewan Pedang yang bijaksana. Adakah wataknya sekejam dahulu sehingga sanggup membunuh jiwa kanak-kanak yang mempunyai potensi menjadi Wali Pedang suatu hari nanti?

Persoalan ini hanya akan terjawab di hujung komik ini kelak.

Pemusnah-Pedang-copy

Tags: , , ,