Komik Barcode – Baru dan Unik

Posted in komik Barcode on August 16th, 2010 by webmaster

BCms01

BCms02

Komik Barcode telah terbit dengan jayanya di dada akhbar Kosmo! bermula 2 Ogos 2010 yang lalu. Pelbagai spekulasi mengenai kemunculan komik, terima kasih kepada mereka yang masih dan terus menyokong perjuangan saya selama ini.

Sebagai intro ini adalah langkah kerdil saya di dalam mengorak langkah dalam menampilkan suatu ilham dan rentak baru di dalam karya saya. Ianya sungguh berbeza. Sejauhmana ianya dapat diterima oleh para pembaca, peminat mereka jualah yang menentukannya. Saya hanya mencuba yang terbaik.

semoga terhibur.

calows!

Tags: , , ,

Barcode – komik terbaru bakal terbit di akhbar Kosmo!

Posted in komik Barcode on August 1st, 2010 by webmaster

promobarcode

Setelah berehat hampir 3 bulan tidak aktif bersama akhbar Kosmo! namun hari-hari yang berlalu penuh dengan jadual kerja yang tak putus-putus, Alhamdulillah. Dan dalam tempoh itu juga masih tidak diam untuk memikirkan content yang sesuai untuk terbitan akan datang. Kebiasaannya idea datang secara samar-samar. Lupa nak catit ia mungkin boleh hilang dengan begitu saja.

Barcode telah diberi nama untuk tajuk kali ini dengan penampilan stroke baru (mungkin) diharap menimbulkan mood baru kepada pembaca dan peminat komik tanahair dalam menempatkan MF Ajif sebagai pelukis yang berverstail.

Mulai 2 ogos 2010 Barcode mulai terbit setiap Isnin hingga Khamis, dapatkannya hanya di akhbar Kosmo!

calows!

Tags: , ,

teaser komik baru – akan datang

Posted in Sembang KomikCafe on July 16th, 2010 by webmaster

teaserB01

Bakal menemui anda tidak lama lagi. tungguuu…

Tags: , ,

Bara Pesaka terus membara

Posted in komik mobile on July 13th, 2010 by webmaster

promoBP02

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda di luar sana khusus kepada subscriber komikajif.com. Bara Pesaka merupakan komik mms ke 2 selepas Axaria dengan menampilkan tema siri seram, mistik dan misteri. Bermula dengan pertelingkahan 2 sahabat di zaman silam di mana mereka membawa dan haluan serta anutan yang berbeza. Berbekalkan dengan ilmu kebatinan sesat, syirik dan memuja syaitan…sebilah keris sakti jadi taruhan yang menjanjikan kekebalan dan hidup abadi.

Sebuah cereka seram berbentuk mms ini anda boleh ikuti dengan menjadi subscriber dan 2 mms akan dibekalkan kepada anda setiap minggu.

Tags: , , ,

Atari 1 dan Atari 2 benteng Axia

Posted in komik mobile on July 10th, 2010 by webmaster

promoaxaria02

Terima kasih kepada semua subscribers di luar sana dan teruskan bersama pengembaraan Axaria sehingga ke akhirnya nanti. Peperangan sedang meletus di planet Axia. Huru-hara yang di bawa oleh Maharaja Magrat-Ahur tidak mematahkan semangat juang warga Axia. Sebelum Axaria dapat dibangkitkan, Maharaja Axia dan Maharaja Zykar bertindak melengahkan masa penaklukan dan tumpuan Magrat-Ahur dengan mengaktifkan Atari 1 dan Atari 2. Dapatkah kedua buah robot ini menyekat kemaraan sang penakluk itu? Saksikan sendiri dengan melanggani komik mms ini setiap minggu, terbaik daripada MF Ajif

Tags: , ,

Ur_Face@TF

Posted in Sembang KomikCafe on July 1st, 2010 by webmaster

Ultramagnus

orait anda di luar sana nak start oder utk transform diri korang jadi sebahagian Cybertronian leh hantarkan request anda di mf_ajif@yahoo.com

harga RM30.00 sahaja / person.

anda mestilah

- hantarkan foto anda HiRes kalau boleh.
- pilih robot kegemaran anda. bebas untuk memilih apa saja kategori dari dunia legasi TF.
- bank in kan fullpayment anda ke akaun bank saya.
- paling lewat siap 2 hari.

apa-apa persoalan dan perbincangan boleh terus emel saya.

PERHATIAN:

ini adalah fanart sahaja, aku bukan nak mencari keuntungan semata-mata. it’s just for fun dan dana aku untuk beli menan TF sahaja.

Tags: , , ,

MF Ajif Di Sebalik Nama, Berita Harian

Posted in Sembang KomikCafe on June 30th, 2010 by webmaster

MFAjifBH01

MFAjifBH02

Di Sebalik Nama: Mat Batik ke dunia komik
Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my
2010/06/26

NAMA artis komik, MF Ajif mula dikenali penggiat dan peminat dunia komik tempatan apabila komik pertamanya berjudul Alyridura disiarkan di komik ROCK sekitar tahun 2001 dan 2002. Dalam terbitan komik yang sama juga, karya kedua MF Ajif berjudul SWAK turut disiarkan.

Sebelum masuk ke bidang kartun yang sememangnya menjadi impiannya sejak kecil, MF Ajif sempat mengasah bakat sebagai pelukis batik. Biarpun secara kasarnya, tidak banyak persamaan dapat dilihat antara bidang kartun dan batik, kerjaya sebagai pelukis batik yang membentuk asas MF Ajif sebagai pelukis. Industri batik jugalah yang mengajar beliau menjadi sabar dan berdisiplin. Nilai itulah yang menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.

Selepas komik Rock, artis komik yang berasal dari Muar ini menghantar karyanya di majalah Mato-Mato dan majalah JOM terbitan Karangkraf. Beliau mula bergiat dalam penerbitan komik secara sepenuh masa bersama syarikat KLP Productions. Di situ, beliau bertindak sebagai pewarna untuk komik Eden Factor, serta penciller dan inker untuk komik Fetus in Fetu. MF Ajif kemudiannya menghasilkan komik Hikayat Raja Syah Mardan yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka, namun setakat ini ia masih dalam proses untuk disiapkan.

Karya MF Ajif tidak hanya diterbitkan dalam bentuk bahan bacaan saja, tapi turut dinikmati dengan teknologi komik mobile untuk dua hasil karyanya yang berjudul Axaria dan Bara Pesaka.

Terbaru, beliau menggalas tanggungjawab sebagai pelukis utama dan ketua pasukan kreatif menghasilkan komik berjudul Aduka yang bakal diterbitkan dalam bentuk e-komik tidak lama lagi.

Apa perkembangan terkini anda?
Saya sentiasa menghasilkan komik setiap hari untuk terbitan beberapa buah akhbar edisi bahasa Melayu dan juga hiburan komik secara menerusi telefon bimbit. Pada waktu yang sama, saya mengetuai projek menghasilkan sebuah komik berkisarkan kisah benar yang berlaku ketika zaman komunis dulu. Karya ini dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini. Di samping itu, saya turut mengambil tempahan melukis karikatur yang operasinya dilakukan secara online.

Mengapa anda memilih untuk berkecimpung dalam bidang kartun dan komik? Ceritakan pengalaman awal ketika mula-mula menceburi bidang ini.

Pembabitan saya dalam bidang ini didorong minat yang mendalam terhadap seni lukis. Impian untuk menjadi artis komik sudah tersimpan sejak di sekolah rendah. Ketika di sekolah rendahlah saya mula mengenal bahan bacaan komik dan kartun. Dengan semangat untuk mencapai impian saya itu, saya memberikan fokus yang berterusan dalam aktiviti melukis walaupun ketika itu ia sekadar hobi di waktu lapang. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya memasuki bidang tekstil terlebih dulu dengan berkhidmat sebagai pewarna batik. Dari situlah disiplin saya mula dilatih dan tidak berapa lama selepas itu, saya menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelukis latar belakang daripada sebuah syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi televisyen pertama iaitu Usop Sontorian.

Beberapa tahun selepas itu, saya bekerja pula dengan beberapa syarikat penerbitan animasi lain tapi masih melakukan tugas yang sama. Tugas sebagai pelukis latar belakang memerlukan disiplin amat tinggi khususnya dalam proses menghasilkan lukisan itu sendiri. Antara yang saya pelajari mengenai disiplin sebagai pelukis latar belakang adalah mereka harus berani untuk bermain dengan warna. Pengalaman yang ditimba selama beberapa tahun bukan saja mengajar saya secara teknikal mengenai penghasilan komik, malah ia turut melatih diri menjadi lebih matang untuk bergiat dalam bidang ini.

Dalam berkarya, anda lebih suka menggunakan teknik tradisional atau digital? Mengapa anda memilih teknik berkenaan?

Saya lebih cenderung kepada teknik digital kerana bagi saya, ia adalah bentuk teknologi yang perlu dikuasai setiap penggiat komik dan kartun masa kini untuk menempuhi industri yang kian mencabar ini. Dengan adanya teknologi digital seperti ini, karya kartun dan komik lebih mudah untuk dihasilkan, dipamer dan dijual-beli. Bukan itu saja, karya yang dipamerkan menggunakan teknologi internet juga mudah mendapat kritikan orang ramai yang secara tidak langsung membolehkan kita mengukur prestasi karya yang dihasilkan. Paling penting, teknologi dapat mengurangkan kos pembelian kertas, pen dan warna untuk menghasilkan komik.

Justeru, apakah impak teknologi terhadap karya anda?

Kesan yang paling ketara adalah bila karya yang saya hasilkan cepat dan mudah diterima orang ramai melalui alam siber. Secara tidak langsung, mereka yang melihat karya saya juga boleh memberi komen dan kritikan serta-merta. Kritikan mreka itu dapat dijadikan penilaian terhadap kebolehan diri dan penggerak untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Subjek yang bagaimana yang anda suka tampikan dalam karya? Mengapa?

Saya lebih senang dengan tema patriotik dan fiksyen. Tema begini bebas diterjemahkan dalam apa saja bentuk walaupun ia hanya berkisar kisah pendekar ataupun dunia sci-fi yang canggih. Tema patriotik dan fiksyen ini menjadi subjek saya sejak dulu kerana potensinya di dalam pasaran bukan sekadar di bidang penerbitan percetakan malah dalam bidang perfileman. Bersandarkan minat mendalam maka tema ini mudah saya aplikasikan dalam mengejar cita-cita saya sebagai pelukis yang versatil.

Bagaimana anda mendapatkan ilham atau inspirasi dalam berkarya?

Mulanya saya hanya belajar melalui pemerhatian terhadap karya artis lain, antaranya denganmembeli buku ilmiah, komik paling laris di pasaran dan karya pelukis tersohor dalam dan luar negara serta menonton filem animasi. Semua ini memberi inspirasi dan ilham yang besar kepada saya dalam berkarya.

Sepanjang menceburi bidang in, apakah cabaran yang dihadapi?

Cabaran paling getir yang pernah dilalui adalah apabila tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang diusahakan walaupun sudah dicurahkan sepenuh tenaga, namun ada pihak yang memandang usaha itu hanya sebelah mata.

Apa yang anda lakukan untuk menambahbaik karya anda dari semasa ke semasa dan memastikan idea yang ditampilkan segar serta lain daripada lain?

Pada saya, kita kena cari kelemahan yang ada. Sekarang ini, pelbagai jenis komuniti tersedia, antaranya komuniti penggiat komik. Dari situ kita boleh bertukar-tukar fikiran, berkongsi idea serta berkongsi ilmu dan hasil karya kepada umum untuk dinilai. Jika ada kelemahan, kita perbaiki mana yang perlu supaya karya kita boleh diterima secara lebih positif.

Boleh anda kongsikan kisah atau pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dan apa perancangan masa depan untuk kerjaya anda sebagai artis komik?

Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah apabila komik pertama saya berjaya dicetak dan diterbitkan dengan kualiti tinggi hingga pembeli tidak menyangka ini adalah karya sentuhan anak Melayu.

Perancangan masa depan saya pula, semoga dapat terus mengembangkan komik yang dihasilkan ini ke bentuk franchise lain, contohnya ke layar perak. Saya bercita-cita menerbitkan lebih banyak karya baru dan portal komik online seterusnya membentuk jenama komik MF Ajif.

Mf Mohd Rajif Moksin
Tarikh lahir : 27 Ogos 1977
Asal : Muar, Johor
Laman web : www.komikajif.com

Tags: , ,

Teks Jawi vs Rumi

Posted in Sembang KomikCafe, komik Pusaka Angkasa on June 30th, 2010 by webmaster

Sudah lama aku meninggalkan alam persekolahan kebangsaan dan agama. Selama tempoh itu aku juga melupakan beberapa perkara yang aku pelajari di sekolah dulu. Ada yang aku praktikkan ada juga aku lupakan. Misalnya tulisan jawi, jangankan nak menulis, membacanya pun jarang sekali. Kali terakhir membaca teks jawi ini ketika di sekolah menengah dulu dan terkini ketika di majlis kenduri perkahwinan adik ipar ketika itu ade naskah Utusan Melayu untuk dijadikan alas kerja-kerja di belakang rumah – sedang menggoreng ayam ketika itu. kesiannya….

Lantas aku membaca teks naskah jawi, walaupun ade sedikit merangkak-rangkak dan aku dapati tidaklah buta untuk membaca semula teks jawi yang menjadi tunggak, lambang dan tulisan rasmi bangsa Melayu. Justeru aku adaptasikan semangat ini di dalam komik Amuk Sang Bentara. Semoga langkah kerdil ini dapat menjulang semangat tulisan jawi di dalam diri insan yang mengaku Melayu.

Teks jawi

ASBsuratB

kepada anakanda Bentara,

Ayahanda tidak dapat bersama-sama
menemani anakanda pergi meninggalkan
kota yang dicintai ini. Semoga anakanda
Bentara sentiasa sihat dan benar di dalam
segala tindakan. insya-Allah ayahanda
tidak akan memaklumkan perkara ini
termaksuklah kepada ahli keluarga
anakanda sendiri. Pandai-pandailah
anakanda menjaga diri dalam usaha
menyucikan diri. Semoga usaha anakanda
beroleh kejayaan dan keberkatan.

yang benar,

ayahanda Bendahara.

Tags: , , ,

Amukan Berdarah Berakhir

Posted in komik Pusaka Angkasa on June 30th, 2010 by webmaster

Lama sudah aku tinggalkan teratak ini dari diisi dengan pengisian yang berguna. Alasan tetap sama. bz, bz dan bz lagi.

arrgghh! dah bape kali edit dan save entry ni..tak menjadi jugak huuhhuhu…

Siri Amuk Sang Bentara telah tamat sebulan yang lalu rasanya baru semalam menyudahkan siri terakhir itu. hari bertukar minggu terlalu cepat rasanya. Namun, idea tetap dicari untuk tajuk seterusnya. berikut adalah detik-detik terakhir siri tersebut.

Sang Bentara tumpas di tangan wanita atau sengaja ditewaskan kerana janjinya sebelum ini kepada adindanya, Seroja?

ASB53

ASB54

ASB55

ASB56

ASB57

ASB58

ASB59

ASB60

Jika anda melabel komik Pusaka Angkasa dan Amuk Sang Bentara ini sebagai gimik politik, berbau politik atau sememangnya komik politik… anda SILAP! Akan tetapi senarionya beginilah… sejauh mana keikhlasan saya berkarya dan melahirkan tajuk ini, anda jualah yang menilainya.

Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan tajuk baru tidak lama lagi.

Tags: , , ,

Amuk dan Darah

Posted in komik Pusaka Angkasa on May 15th, 2010 by webmaster

Hakikatnya seseorang yang bertindak ganas sehingga ke tahap ‘amuk’ mampu melangkaui batas sehingga mengorbankan nyawa, mungkin bukan satu nyawa malah lebih daripada itu. Ianya akan berhenti jika dia diberhentikan secara paksa sama ada di bunuh atau sebaliknya. Kebiasaannya kejadian amuk ini sekurang-kurangnya akan menumpahkan darah. Sanggup membunuh hanya semata-mata tidak dapat mengawal emosi di dalam diri. Oleh itu Islam datang mengajar manusia untuk lebih bersopan-santun, berlemah-lembut, berkasih sayang yang berlandaskan syariat. Emosi ataupun perilaku manusia ini di batasi dengan iman yang perlu dipupuk sejak kecil untuk mengelakkan diri daripada tercampak ke lembah kehinaan.

ASB52

Tags: , , ,