Siri Yuriena berakhir.

Posted in komik Yuriena on February 27th, 2010 by webmaster

Genap 3 bulan bersamaan 60 siri terbitan di akhbar Kosmo! berakhir sudah kisah Yuriena ini yang aku anggap ianya mudah dan ringkas dari segi penyampaiannya walaupun hajat di hati aku ianya perlu dikupas dan diolah dengan lebih panjang lagi agar persoalan di dalam plot ini lebih terjawab.

Memang agak sukar menyampaikan sesebuah cerita dengan kadar yang terhad dan cabaran ini membuatkan aku lebih belajar lagi pada masa-masa akan datang.

Berikut adalah 6 siri terakhir komik Yuriena.

Y55

Y56

Y57

Y58

Y59

Y60

semoga anda terhibur!

Tags: , , ,

Disebalik Yuriena dan Dunia Siluman

Posted in komik Yuriena on February 20th, 2010 by webmaster

Y49

Siri komik Yuriena sudah sampai kemuncaknya. Ia bakal tamat tak lama lagi genap 60 siri jumlah terbitannya. Dengan kesempatan yang ada ini konflik yang dimuatkan dengan sebaiknya kemungkinan ia nampak agak longgarnya dari segi penyampaiannya. (masih proses belajar nak buat cerita dengan kadar yang terhad, selalu buat terbabas-babas. melalut-lalut pun tak elok juga.)

Ada kawan-kawan yang bertanya, ada siluman lain ke selain siluman harimau? Jawapannya YA! Walaupun pada dasarnya merekacipta plot ini secara rawak dan spontan dan mendatangkan tekanan, terhibur juga aku menghasilkannya dan selalu dikejar oleh editor/penyelia slot komik Kosmo! ni hehehehe… sesungguhnya komik ini aku dedikasikan kepada kedua anak aku, Balqish dan Danish.

Oleh kerana anak sulung aku ni perempuan maka tiba masanya aku cuba berkarya meletakkan watak kanak-kanak perempuan sebagai watak utama, tapi peranan sebenar di dalam ceta ni aku rasa kurang berkesan. Ahh… gagal dah misi aku huuhhu… Danish yang punya minat pelik-pelik ni, suka sangat segala macam naga dan ular, maka aku letakkan watak siluman ular tedung sebagai penyeri dalam siri ini. Ternyata kedua anak aku ni amat suka! Teruja lagi muka diorang aku lukis dalam komik Baran Hari Raya lepas.

Tags: , , ,

Selamat Tahun Baru 2010

Posted in Sembang KomikCafe on January 12th, 2010 by webmaster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kaki-kaki komik khususnya di luar sana.

Kesibukkan kerja dan kesuntukan masa dah melupakan aku untuk update sebarang dua pengisian di sini. Ya, tahun 2010 baru saja bermula pastinya setiap orang punya azam baru untuk mematangkan hidup anda di tahun ini. Setakat ini masih takde apa-apa yang terlintas di fikiran untuk dikongsi bersama sebagai bahan bacaan hanya sekadar promo komik aku pada tahun ini.

Dengan harapan aku terus sihat dan sentiasa bersemangat menghasilkan karya-karya komik yang lebih bagus untuk tatapan korang di luar sana.

promo komik MF Ajif 2010

promo komik MF Ajif 2010

Tags: , , , , , ,

Posted in komik Yuriena on December 17th, 2009 by webmaster

Y08

Setelah siri ke 8 terbit di akhbar Kosmo! menyusul header tajuk YURIENA dan wataknya. Yuriena adalah watak manusia yang terperangkap di dunia Siluman. Kehadirannya telah menimbulkan keadaan kurang senang kepada bangsa ini. Dunia manusia seakan mitos bagi bangsa Siluman dan mereka bercita-cita untuk menaklukinya. Sesuatu yang penting yang ada pada diri Yuriena ini telah menyebabkan dia diburu oleh kerajaan Raja Roarmar. Apakah penyebab Yuriena ini diburu? Dapatkan dan ikuti siri ini setiap isnin hingga jumaat.

Y09

Tags: , , ,

Komik Yuriena terbit di Kosmo hari ini.

Posted in komik Yuriena on December 4th, 2009 by webmaster

Alhamdulillah pada hari ini 4hb Disember 09 bermula siri baru komik aku Yuriena diterbitkan di akhbar Kosmo!. Bertemakan alam mistik dan fantasi dunia Siluman adapatasi ilham Nusantara bakal mewarnai siri kali ini. Mengenali nama atau istilah Siluman ini setelah menonton sebuah drama bersiri Indonesia ‘ Mak Lampir’ hampir sedekad yang lalu. Dengan semangat 1 jiwa nusantara idea ini digarap dengan imajinasi yang sentiasa bermain di minda ini lalu diterjemahkan ke dalam siri komik ini sejumlah 60 siri keseluruhannya.

Terus terang walaupun gambaran, idea untuk mengolah tajuk kali ini sudah di rangka lebih awal tetapi masih belum mendapat perjalanan plot yang sebaik mungkin. Semoga di buka hati dan minda ini untuk menceria dan menjayakan Yuriena sebaik mungkin.

Thundercats! Itulah tanggapan awal kawan-kawan dan juga isteri yang menjadi pendokong dan pendorong di dalam aku menjayakan karier ini sebagai pelukis komik. Tempias itu tetap ada tetapi bukanlah sepertimana yang di sangka.

Ada sedikit kesilapan pada teks dialog yang diterbitkan akan tetapi tidaklah mencacatkan keadaan. Kisah Yuriena ini bermula di sebuah kota yang di beri nama Kota Mega Gangsa tetapi telah ditukar kepada Kota Mega Angkasa. ahhaha… takpelah kesilapan semasa mengedit teks tempoh hari mungkin terlalu sibuk memikirkan hal yang lain tu. (Raznan tak sabar-sabar nak cuti kawin tu… huhuhu selamat pengantin baru!)

Berikut adalah edisi artwork asal dan edisi cetakan. Photo ini adalah sumbangan seorang pembaca yang menghantar emel siang tadi kepada aku. Terima kasih.

Y01

DSC00445

Tags: , , ,

Teaser komik Yuriena

Posted in komik Yuriena on December 2nd, 2009 by webmaster

yuriena

Jutaan terima kasih kepada editorial Kosmo! kerana masih menaruh kepercayaan dan harapan untuk aku terus berkarya dan usaha ini di harapkan dapat memeriahkan lagi komik tanahair yang semakin baik kebelakangan ini.

Insyaallah bermula jumaat ini 4hb Disember 09 komik Yuriena bakal menemui pembaca di luar sana. Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri ini.

Tags: , , ,